Sunday, December 23, 2007

Salam Pengenalan...


Assalamualaikum...

SEGALA PUJI dan syukur kepada Allah swt kerana memberi keizinan buat hamba-Nya yang kerdil ini memanjangkan selangkah lagi perjalanan hidup merentasi sempadan dunia. Selawat dan salam diutuskan buat Rasul junjungan mulia beserta ahli keluarga baginda yang tercinta.Ucapan terima kasih yang tak terhingga khusus buat ayahanda dan bonda tersayang atas restu yang diberikan, buat isteri dan anakanda yang tercinta atas ketabahan dan dorongan yang tak berbelah bagi. Tak lupa ingatan buat adik-adik, teman-teman seperjuangan dan guru-guru yang sentiasa menghulurkan bantuan, buah fikiran dan ilmu sepanjang menempuh liku-liku kehidupan ini. Hanya Allah sajalah yang dapat membalas jasa yang kalian curahkan hingga kini.

Sesungguhnya medan ilmu dan dakwah semakin lama semakin luas terbentang tetapi agak kompleks hingga agak mengekang pergerakan sesetengah umat Islam. Hanya keteguhan (thabat), konsisten (istiqamah) dan semangat perjuangan yang dibajai ilmu serta berpaksikan iman sajalah akan dapat melerai kekusutan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan. Umat Islam perlu bersatu dan bangkit daripada tidur yang lena untuk kembali menguatkan pertahanan, menangkis serangan dan berjihad melawan musuh yang sekian lama membuat onar. Justeru semoga Allah terus mengurniakan taufiq, inayah dan keberkatan buat kita semua guna memanfaatkan wadah ilmu dan dakwah tanpa sempadan ini.

Salam Mujahadah tanpa noktah buat semua...